Monday 30 July 2012

Berkongsi pengalaman bersama ulama dari Yaman



Suka duka bersama mereka!

Pengalaman ini seronok dikongsikan, sebagaimana yang dikatakan sebelum ini saya mahu mencoret kata berkongsi rasa bersama para Ulama’ yang datang dari Yaman. Mereka hadir seramai 4 orang. Tiga orang dari mereka sudah bergelar Dr. dalam bidang tafsir, hadith dan fiqh perbandingan. Seorang lagi baru perancangan menyambung keperinkat PHD. Saya mula menjemput mereka dari KLIA da terus bawa ke Kota Raya Kuala Lumpur untuk check in hotel.

Saya bukan hanya belajar ilmu dari mereka sahaja tapi saya belajar akhlak dari mereka. Benarlah Hikmah itu di yaman. Nabi saw kita yang mulia juga pernah memuji bangsa arab yaman. Penat lelah bersama mereka menyimpan seribu kenangan. Mereka datang bagi memungut dana untuk kebajikan Universiti Al-Iman Yaman sambil-sambil membawa mereka jalan di kota raya kuala Lumpur dan Selangor.

Hampir setiap malam, kami akan bawa mereka ke masjid atau surau untuk memberi sedikit tazkirah dan kuliah serta memohon dana dan sumbangan orang ramai. Kadang kala menjadi imam solat fardhu dan juga sunat tarawih. Begitulah rutin harian selama menemani mereka. Memuliakan mereka sebagai tetamu adalah perkara yang mesti dijaga. Memastikan tempat tinggal, makan minum, dan lain-lain kemudahan sentiasa dalam keadaan selesa.

Sepanjang bersama mereka, sering juga tertawa kecil, dan terseyum gembira. Melihat gelagat mereka yang tenang dan tidak pernah merungut walaupun susah dan ada kekurangan menjadikan saya malu dan mempelajari sifat dari mereka. Bukan apa kadang kala letih dan lelah juga melayan 4 orang arab dengan bahasa yang lain menjawab soalan mengenai tanaha air. Bukan semua benda saya tahu! Bukan semua benda saya pasti! Jadi banyak saya jawab “ Ma Adri” atau “lastu mutaakkid”, saya tidak tahu dan saya tidak pasti!

Mereka suka membaca dan menelaah ilmu. Jika buka laptop mereka akan membaca kitab-kitab pdf dan berkongsi dengan teman-teman yang lain. Mereka juga sering mengambil tahu hal-hal atau berita terbaru masalah di luar Negara lain dengan membuka internet. Membaca Al-Quran dalam bulan ramadhan ini tidak usah dikatakan lagi, entah berapa helai satu hari pun saya tidak tahu, yang saya pasti banyak!

Sering menjaga dan memelihara solat berjemaah. Kadang kala sebelum azan dah bersiap-siap untuk ke surau. Apatah lagi jika sudah terasa terlambat! Mukanya agak cemas takut tertinggal Jemaah. Solat sunat dhuha dan tahajjud juga menjadi rutin mereka. Suasana di apartment itu tidak lain tidak bukan, borak ilmiah, membaca al-quran, membaca kitab, dan solat sunat. Indah sungguh rumah yang ada persekitaran begitu. Harapan! insyaAllah sedang bersusaha.

Tidak banyak yang boleh saya coretkan, tapi hakikatnya itulah kehidupan orang-orang alim. Untuk Allah dan Rasul. Hari-hari adalah perjuangan menuju Ar-Rahman. Moga-moga semua yang dilalui menambah iman, taqwa dan kesyukuran. Sekadar bacaan tidak kuat dari melihat dan merasai sendiri, kerana diri lebih percaya dan yakin pada penglihatan mata dari bayangan bacaan. Saya hanya berkongsi kata, agar dapat juga berkongsi rasa. InsyaAllah jumpa di lain masa! Amin.

No comments:

Post a Comment