Maahad Lughah Li Ghairi Nathiqina Biha selama 2 tahun.
1. Pemohon mestilah mempunyai perilaku yang baik.
2. Pemohon mestilah berjanji untuk mematuhi peraturan-peraturan universiti
3. Pemohon mestilah berada dalam keadaan yang sihat.
4. Pemohon mestilah lulus dalam ujian yang telah ditetapkan oleh pihak universiti.
5. Pemohon mesti mempunyai Sijil Pendidikan Menengah Umum (GCSE) atau yang setara, dari dalam atau luar Kerajaan Saudi Arabia.
6. Sijil mestilah dikeluarkan oleh sekolah kerajaan atau swasta yang diiktiraf.
7. Pemohon haruslah berdedikasi untuk menghabiskan pengajian.
8. Sijil mestilah tidak lebih dari 5 tahun selepas ia dikeluarkan.
9. Pemohon mestilah berumur tidak lebih dari 25 tahun ketika memohon.
10 .Pemohon yang memohon Kuliah Al-Quran mestilah sudah menghafal 30 juzu’ Al-Quran.
11 .Pemohon mestilah mematuhi syarat lain yang ditentukan oleh pihak universiti.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mestilah diterjemah ke dalam bahasa Arab di Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad (ITNMB).
2. Sijil Kelahiran mestilah diterjemah ke dalam bahasa Arab di ITNMB.
* Sijil Kelahiran dan SPM yang telah di terjemah ke dalam bahasa arab mestilah dicop/disahkan di Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra), Putrajaya.
3. Pasport.
4. Kad Pengenalan (Terjemahan Bahasa Arab).
5. 4 keping gambar pasport berwarna (6x4), gambar yang diambil haruslah tanpa memakai cermin mata dan latar belakang gambar mestilah berwarna putih.
6. Surat Sokongan daripada mana-mana institusi Islam seperti Majlis Agama Islam, Yayasan Islam, Jabatan Mufti dan sebagainya.
7. Surat sokongan atau tazkiah (recommendation) daripada sekurang-kurangnya dua orang lepasan Universiti Arab Saudi atau mana-mana inidividu yang dikenali oleh pihak universiti.
Syarat untuk mendapatkan tazkiyah Dr. Abdul Basith Abd Rahman :
1. SPM - Minimum subjek bahasa arab B
2. STAM - Jayyid Jiddan
8. Borang/surat pemeriksaan kesihatan yang menunjukkan bahawa pemohon berada dalam keadaan yang sihat dan tidak mempunyai penyakit berjangkit. Pihak universiti tidak akan menerima pelajar yang didapati mempunyai penyakit seperti hepatitis, dan penyakit berjangkit yang lain. Sehubungan dengan itu pastikan pemohon sihat dari sebarang penyakit berjangkit.
*Borang pemeriksaan kesihatan/medical check-up boleh didapati di Kedutaan Arab Saudi, Jalan Ampang.
9. Sijil memeluk agama Islam (Jika ada)
10. Surat akuan dari sekolah (husnul khuluk) bahawa pemohon adalah berkelakuan baik.
11. Sertakan sebanyak yang boleh sijil-sijil yang berkaitan yang ada dalam bahasa arab seperti STAM atau sijil kolej dan sebagainya.
NOTA TAMBAHAN
1. Pemohon mestilah mengimbas dokumen-dokumen asal bersama terjemahan dengan menggunakan scanner,supaya ia berwarna.
2. Pemohon mestilah melampirkan terjemahan yang ditulis dalam Bahasa Arab oleh penterjemah yang baik.
3. Pemohon hendaklah membawa dokumen aslinya dan dibuktikan di kedutaan Arab Saudi.
4. Jika ada kesalahan pada dokumen asal pemohon (seperti nama,tarikh lahir,tempat lahir dll).Pemohon harus memperbaiki kesalahan tersebut dengan pihak berkuasa yang bertanggungjawab sebelum menghantar permohonannya, kerana universiti tidak akan membenarkan maklumat ini diperbetulkan setelah pemohon mendaftar masuk.
5. Permohonan mestilah dibuat secara online samada pemohon menghadiri sesi temuduga atau tidak.
* Pemohon yang ingin menghadiri sesi temuduga samada telah memohon secara online atau tidak, mestilah menyediakan salinan visa, pasport dan 1 keping gambar.
*Bagi pemohon yang telah memohon secara online, pemohon dikehendaki menyertakan salinan no.aplikasi yang telah dicetak semasa melakukan permohonan online sebagai bukti permohonan telah dibuat semasa menghadiri sesi temuduga.
* Pihak Universiti akan memberi no.aplikasi bagi pemohon yang menghadiri sesi temuduga, dan no.aplikasi tersebut mestilah digunakan ketika memohon secara online.
6. Terjemahan dokumen hanya boleh dibuat di Wangsa Maju seperti dalam alamat. Tempoh terjemahan dokumen ialah antara 3-5 hari bekerja. Harga dokumen adalah seperti berikut :
SPM - RM 50 per dokumen
STAM / STPM- RM 80 per dokumen
Dokumen-dokumen lain - RM 120 per dokumen
*Harga berubah mengikut keadaan.
7. Cop pengesahan (Endorsement) di Wisma Putra atau Kementerian Luar Negeri boleh dibuat pada bila-bila masa pada waktu bekerja dengan harga RM10 per dokumen.
*Setelah lengkap semua dokumen-dokumen di atas, sila layari laman Universiti Islam Madinah Al-Munawwarah
Untuk memohon
secara online:
http://admission.iu.edu.sa/Selection.aspx
MUQABALAH/TEMUDUGA:
Tempat: Universiti Islam Madinah Al-Munawwarah
Masa :
8.00 am - 12.00 pm
Hari : Setiap hari kecuali khamis dan jumaat (tutup pada cuti umum)
* Proses muqabalah ini hanya bagi mereka yang
mampu ke Madinah sahaja, bagi mereka yang tidak mampu cukup sekadar online.
* Sila call mana-mana pelajar Universiti yang boleh membantu pemohon yang datang untuk muqabalah
* Bawa salinan pasport, VISA, dan sekeping gambar - bagi yang telah online, bawa juga bersama no.applikasi
* Bagi mereka yang belum memohon secara online juga dibenarkan untuk menghadiri proses temuduga
PERINGATAN:
Sila print helaian akhir yang mempunyai no.aplikasi permohonan anda dan simpan untuk kegunaan seterusnya.
. Nama-nama pelajar yang diterima biasanya akan di umumkan pada bulan Ogos atau September bergantung pada pihak universiti.
. Persatuan Mahasiswa Malaysia Arab Saudi (PERSADA) akan turut membantu menguruskan urusan pendaftaran pelajar Insya Allah.
SENARAI ALAMAT URUSAN
1.Alamat Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNMB)
Institut Terjemahan Negara Malaysia
Wisma ITNM, No 2, Jalan 2/27E
Seksyen 10, Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur
Tel: (603) 4149 7210
Faks: (603) 4149 1535
E-mel: info@itnm.com.my
2. Alamat Kementerian Pengajian Tinggi :
Kementerian Pengajian Tinggi,
No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
62200 Putrajaya, Malaysia
Tel: +603 8870 6000
Faks: +603 8870 6834
Emel: portalfeedback@mohe.gov.my
3. Alamat Kementerian Luar Negeri Malaysia (Wisma Putra)
Kementerian Luar Negeri Malaysia
Wisma Putra
No 1, Jalan Wisma Putra,
Presint 2
62602 Putrajaya
Tel: +603-8887 4000 /+603-8887 4570
(Selepas Waktu Bekerja)
Faks : 603-8889 1717 / 603-8889 2816
4. Alamat Kedutaan Arab Saudi :
Bahagian Pengurusan Cop,Pengesahan,Visa dan sebagainya
Royal Embassy Of Saudi Arabia,
Level 4.Wisma Chinese Chamber,
NO 258 Jalan Ampang 50450
Kuala Lumpur
Tel: 03-42579831, 03-42579433, 03-42579825
Fax: 03-42578751
5. Bahagian Islamic Counsellor :
Royal Embassy of Saudi Arabia,
Islamic Counsellor Office
110A, Jalan U-Thant,
55000 KUALA LUMPUR
Ruj. Ust Zainal: 019-2028918
Sebarang persoalan hubungi:
Nama : Mohd Danial Bin Mohd Saodi
No Tel Madinah : +966 569283722
Email : almunawwarah90@gmail.com
Facebook : Danial Madani
Blog : sentuhanjiwarasa.blogspot.com
Nama : Wan Muhd Usaid bin Wan Subki
No Tel Madinah: +966 548126623
Email : ibnu_hudhair@yahoo.com
Facebook : Usaid Subki
Danial Madani
Ketua Exco Dakwah & Tarbiyah,
Persatuan Mahasiswa Pelajar Arab Saudi, Madinah (PERSADA),
Madinah Al-Munawwarah.