Insan yang ingin diceritakan ini sangat istimewa dalam kehidupan ini. Sepanjang perkenalan dengannya, banyak yang saya pelajari. Menjaga hati, menjadi insan mujahadah, dan melakukan perubahan. Mengenalinya bermula dengan membaca penulisan beliau dan mendengar syarahan pertamanya mengenai cinta semasa beliau di jemput hadir di Kolej Islam Antarabangsa. Semenjak dari itu saya mula mendekati dan mengenali beliau. Hanya banyak berkongsi cerita dan bertanya khabar melalui khidmat pesanan ringkas.
Kali pertama berjumpa beliau di Pesta Buku PWTC, bertemu seketika sahaja semasa singgah solat zohor di surau PWTC. Akhlaknya sungguh baik sekali, tidak sempat berbual panjang kerana kesibukannya dan masanya yang terhad. Selepas solat bersebelahan dengan beliau, di gosok tangannya di belakang badan saya beberapa kali, senyum lantas beredar meninggalkan surau. Itulah pertemuan pertama. Murabbi itu ialah Ustaz Pahrol muhamad Juoi. Pendakwah yang tidak asing lagi dalam dunia penulisan. Moga Allah selalu memberkatinya.
Saya mendapat berita gembira diterima untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah. Terus mengatur pertemuan dengan beliau tapi Allah tidak mengizinkan, masing-masing diantara kami ada kerja dan tugas yang perlu dilaksanakan. Banyak kali juga mentadbir tapi taqdir tidak menentukan kami berjumpa. Sebelum bermusafir kami bertukar hadiah. Membelikan sesuatu untuknya dan menerima sesuatu jua darinya.
Ini
adalah sebuah coretan di atas kertas memesan ringkas dari beliau yang
sangat terkesan di jiwa dan berbekas di hati sebelum bermusafir ke
Kota Nabi:
Wasiat menuntut ilmu di atas lembaran sederhana |
Ianya menjadi
penguat sepanjang bermusafir di kota bercaya, jikalau lupa dan lalai
saya mengulangi membaca dan memahaminya. Simple tapi sangat
significant. Itulah nasihat dari hati, dan insyaAllah nasihat yang
lahir dari hati akan turun ke hati. Terima kasih!
Sepanjang di
Madinah Al-Munawwarah, kami sentiasa juga berbalas khidmat pesanan
ringkas. Bertanya khabar, meminta di doakan, berkongsi rasa dan
mendapatkan nasihat. Walaupun saya tahu beliau sangat sibuk dengan
kekangan masa bekerja dan berdakwah, tapi beliau tetap memberi. SMS
sentiasa di jawab walaupun kadang kala terlambat memberi respon.
Itulah akhlak beliau. Sentiasa memberi dan terus memberi.
Beliau
seorang yang sangat penyayang dan
mengasihi. Sering sympathy
dan empathy
. Sentiasa memberi kata-kata yang baik melegakan hati dan jiwa.
Kata-kata yang mudah di hadam dan dapat dirasa. Ringkas tapi
membekas. Dari kata-kata dan bahasanya, selalu juga di gunakan untuk
memberi nasihat pada orang lain. Sudah melekat dalam benak pemikiran
kerana tidak jemu diulang. Itulah kata-kata yang dapat dirasa. Rasa
tenang, rasa bahagia, rasa dicipta.
Pulangnya
bercuti ke tanah air saya dihadiahkan Allah untuk turut serta ke
Kursus dikendalikan oleh beliau sendiri dan
rakan-rakan di Fitrah Perkasa. Menjadi Mukmin Profesional! Banyak
input yang diperolehi. Mukadimah percutian saya sangat memberi kesan
kuat yang menggetarkan jiwa. Bertemu beliau pada pagi hari,
bersalaman dan berpeluk erat setelah lama tidak berjumpa. Itulah
murabbi tidak jemu mendidik dan memberi kebaikan. Ada sahaja manfaat
yang saya dapat dari beliau.
Sehingga sekarang beliau masih menjadi guru,murabbi ,malah seperti seorang ayah yang tidak jemu-jemu memberi nasihat dan tunjuk ajar. Yang cerah dikongsi dan dirasai bersama, yang gelap di suluhi dengan ilmu dan kata-kata yang baik. Itulah dia Sang Murabbi. Bertemu dengannya tidak jemu, berpisah pula tidak gelisah. Saya sentiasa mendoakan kebaikan untuk beliau dan diberkati hidup bersama keluarga. Semoga Allah melimpahkan keberkatan di atas apa yang dilalui dan apa yang dirasai. Amin. Amin
Sehingga sekarang beliau masih menjadi guru,murabbi ,malah seperti seorang ayah yang tidak jemu-jemu memberi nasihat dan tunjuk ajar. Yang cerah dikongsi dan dirasai bersama, yang gelap di suluhi dengan ilmu dan kata-kata yang baik. Itulah dia Sang Murabbi. Bertemu dengannya tidak jemu, berpisah pula tidak gelisah. Saya sentiasa mendoakan kebaikan untuk beliau dan diberkati hidup bersama keluarga. Semoga Allah melimpahkan keberkatan di atas apa yang dilalui dan apa yang dirasai. Amin. Amin
“Ya Allah berkatilah ukhuwwah ini laksana jalan dalam mencintai Mu sebagai tujuan “
No comments:
Post a Comment