Amir baru pulang dari kuliah, kebetulan melalui jalan yang dekat dengan bukit, sebelum itu Amir singgah berjumpa dengan rakannya dari syiria yang juga satu kuliah bersama Amir. Mereka singgah di satu sudut dan berborak seketika. Semasa berborak mesra, Amir sudah pun perasan yang Ibrahim berada di atas bukit, selesai berborak bersama rakannya, Amir terus mendekati Ibrahim dan bertanya " Assalamualaikum, dari tadi ana melihat anta termenung jauh, kenapa ya Ibrahim?" Ibrahim seakan tidak menyedari kehadiran Amir, sedikit pun mukanya tidak berpaling kearah Amir, matanya memandang jauh ke suatu sudut, matanya merah dan basah seakan baru lepas menangis panjang.
Pada waktu ini Amir dan Ibrahim berada di satu bukit di kawasan universiti, tidak tinggi cuma suasana di sini tenang dan berangin, tambahan pula sekarang sudah masuk musim sejuk. Kebanyakan pelajar mengenakan "baju panas" tatkala keluar dari asrama.. Mungkin Ibrahim memilih bukit ini untuk dia meluahkan sesuatu serta melapangkan fikiranya, bisik Amir idalam hati. Tangan Amir mula menyentuh lembut ke bahunya, lalu Amir panggilnya buat kali kedua, "sahabatku Ibrahim, sudah lama anta berada di sini, kaifa haaluka?"
Secara pantas tangan kanan Ibrahim terus memegang tangan Amir, "Masya Allah, anta Amir! sungguh, ana tidak perasan kehadiran anta, ana? macam biasalah sihat alhamdulillah, cuma iman ini "kurang sihat", balas Ibrahim dengan nada yang kurang semangat tidak seperti sebelumnya. Ibrahim seorang yang ceria dan peramah. Tapi hari ini dia muram. Wajahnya terus berpaling dari wajah sahabatnya Amir, dan berpaling ke suatu sudut yang dimenungkan sejak tadi, raut wajahnya muram, dahinya seolah berkedut seribu. "Iman kurang sihat", bagaimana tu Ibrahim?" Tanya Amir kehairanan
"Amir, anta lebih tahu jika iman lemah macam-macam sering tak jadi, hati sentiasa gelisah, jiwa rasa resah, ada sahaja perkara tidak kena. Aku sengaja ke sini untuk rehatkan minda dan menungkan perjalanan yang masih panjang". Amir mengambil kesempatan ini untuk bersama Ibrahim, dan mahu mendengar masalah yang di hadapinya. Sebagai sahabat rapat beliau, Amir mesti lakukan sesuatu untuk membantu dia menyelesaikan masalah, kata pakar motivasi " Jika mahu bahagia, mesti bahagiakan orang lain".
Sejuk dan indah sekali pemandangan di sini, di Kota Madinah banyak sekali sirah dan peninggalan sejarah. Di sinilah Nabi Muhammad saw dan para sahabat bermati-matian menumpahkan darah demi kalimah syahadah. "Untung sekali kita Ibrahim kerana Allah swt telah pilih kita belajar di sini". Rupanya Ibrahim telah kembali menyambung semula untuk terus termenung. Hati Amir berbisik lagi, kali ini doa yang menyapa,
"Ya Allah mudahkanlah urusan sahabat yang ku cintai kerana Kau ini, tenangkanlah hatinya, berilah dia jalan penyelesaian untuk terus menuju Mu Wahai Tuhan..." Amir aminkan penuh yakin bahawa Allah akan memakbulkan. Bismillah, Amir terus mendekati Ibrahim dengan lebih rapat, kali ini Amir mengambil posisi duduk di sebelah kanan beliau, terusan Amir memeluk bahu Ibrahim dan memujuk beliau untuk menceritakan apa yang sedang dihadapinya.
"Ibrahim, ana sudah kenal anta lama sejak sekolah menengah lagi, kita sentiasa berkongsi suka dan duka bersama dan Allah masih temukan kita di Universiti ini untuk menyambung pelajaran. Dari Jauh kita datang meninggalkan tanah air, sudah pasti ada perkara penting yang kita mesti lalui, di sini kita ada amanah menuntut ilmu. Esok hari kita di amanahkan pula menyampaikan dan menjadi pendakwah di medah sebenar". Kelihatan kepala Ibrahim mengangguk-nangguk tanda setuju.
"Benar kata anta, bahkan inilah tujuan dan niat ana sebelum ana ke sini, ana sangat mencintai ilmu dan kebenaran. "Ana sedang mujahadah Amir! tapi... "Tapi apa Ibrahim, boleh anta kongsikan masalah yang anta sedang hadapi? Amir perasan air mata Ibrahim sudah mula membasahi pipinya, ah... "aku juga seorang yang mudah menangis dan terasa, tapi aku mesti paksa untuk jadi lebih kuat kerana pada kali ini aku berazam akan bantu Ibrahim selesaikan masalahnya, kata Amir penuh tekad.
"....tapi aku sering jatuh, aku selalu kalah... kadang-kadang aku jadi penat dan lelah, bukan aku tidak minta pada DIA, bahkan aku sering menangis meminta-minta... Suara Ibrahim tersekat-sekat kerana dia sudah mula ke tahap menangis. Aku cuba memahami, tapi aku belum lagi mengerti apa yang Ibrahim maksudkan sebenarnya. "Amir, ana merindui saat ketenangan, ana telah jatuh banyak kali, dan tidur dari lena yang panjang.
Akhir semester lepas banyak mengajarku erti kehidupan, ana dah bangun hasil ketukan dari Tuhan, tapi kali ini ana gagal lagi. " Ana penat Amirl!" "Ibrahim, boleh perincikan masalah yang anta hadapi?" aku terusan cuba membaca dan memahami Ibrahim. Aku cuba mempelajari sifat simpati dan empati, bukan kerana aku baik, tapi seakan Allah hantar aku untuk jadi "alat" menyelesaikan masalah beliau.
"Baiklah, disebabkan anta sahabat yang ana percayai, teringin sekali ana meluahkan pada anta apa yang ana sedang hadapi" "Ya, ya ana sedia mendengar Ibrahim, ceritalah ana janji akan jadi pendengar yang setia. "Amir ana mengakui bahawa setiap insan ada masalah, setiap insan ada dosa dan silap,aku mengakui perkara itu.
Ana sedar ini semua kerana dosa yang telah ana lakukan. Ana tidak marah pada Tuhan, tapi ana kecewa dengan sikap ana sendiri. "Amir, anta tahu, sudah berapa kali ana berdoa dengan Tuhan yang ana mahukan perubahan, ana menangis-nangis merintih pada Allah minta DIA berikan kekuatan, tapi ana jatuh lagi, dosa? tidak perlu ana ceritakan pada anta, biarlah Allah sahaja yang tahu. "Ana sudah melalui dan merasai jalan mujahadah itu. Jauh dari lubuk hati ana mahukan perubahan.
Akhir-akhir semester lepas, ana ditimba musibah, ana yakin ini adalah ketukan hidayah dari Allah untuk bantu ana berubah. Ana membalas ketukan itu dengan taubat dan istighfar. Musibah ini benar-benar membuat ana bangun dari lena yang panjang. Selepas itu, Ana di temukan dengan seorang "insan" yang sangat baik, seoalah-olah ia kurnian dari langit untuk bantu ana teruskan perjuangan. Tidak jemu-jemu "insan" ini memberi kata-kata yang baik dan mendoakan kejayaan ana demi menuju Tuhan.
Aku terus khusyuk mendengar cerita Ibrahim, sekali sekala aku mengosok lembut di belakang badan Ibrahim bagi meredakan tangisannya. "Siapakah "insan" itu Ibrahim? Ibrahim tidak menjawab pertanyaanku, aku membiarkan saja tanpa memaksa untuk terus mendengar ceritanya. Kesedaran itu telah buat diri ana bahagia menemui Tuhan. Rupanya selama ini ana telah diselimuti zulumat dan dosa. "Ahh...bahagia sekali waktu itu, kehidupan ana berubah selepas mendapat ketukan hidayah.
"Anta tahu, solat ana jadi lebih tenang, ana telah menjadikan Masjid Nabawi untuk meluahkan rasa dan kata, berbeza sekali dengan sebelum ini, hati ana jadi lunak dan mudah menangis. Sejak musibah itu melanda banyak pengajaran yang ana pelajari, dan sejak itu ana sudah bertaubat dari dosa yang pernah ana lakukan selama ini. "sebelum pulang bercuti ke tanah air, ana mengambil peluang untuk ke raudhah untuk bermunajat pada Allah, sehingga tibalah waktu ana pulang ke tanah air, ana masih ingat lagi, semasa perjalanan ana menaiki tangga flight ana sempat menoleh ke belakang melihat madinah buat kali terakhir. Dalam hati ana berdoa, moga Allah swt beri ana kesempatan lagi untuk hidup di Madinah. " Ya Allah, aku hanya pulang bercuti, berilah aku kesempatan lagi.. "
"Ibrahim, ana kagum dengan perjalanan mujahadah anta, moga Allah sentiasa memberkati dan menyayangi anta.." "Amir, sepanjang cuti lepas, ana sangat gembira dan bahagia. Allah temukan ana dengan orang yang ana sayangi iaitu ibu dan ayah serta adik beradik. Allah masih izinkan ana mencium dan memeluk mereka. Selain itu, banyak aktiviti yang Allah swt telah temukan ana untuk ana baiki diri dan hati. Jumpa dengan guru, sahabat dan saudara-mara sangat menyenangkan hati ana.
Sepanjang cuti lepas, ana puas beraktiviti, dan memberi khidmat pada keluarga. Sekali-sekala rasa rindu pada madinah menyapa, bila lihat di kaca televisyen bercerita mengenai 2 bumi barakah mekah dan madinah, ana akan rasa sebak dan mula mengeluarkan air mata. "Ya Allah aku rindukan mekah dan madinah...." tangisan jiwa meronta-ronta. Rindu ini anugerah, syukur Allah beri rasa rindu pada perkara yang baik.
Semenjak berada di tanah air lagi, ana sudah rindukan untuk menunaikan haji dan umrah, masa itu ana sangat rindukan untuk menunaikan haji, ana sudah tanam azam sungguh-sungguh untuk jadika haji ini sebagai tempat ana mendekatkan diri pada Allah. Ana mahu dapatkan haji mabrur dan kesan itu buat diri ana berubah dan terus dekat pada Allah. Semester lepas ana gagal mendapat cemerlang dalam peperiksaan, itulah antara musibah yang menjadi ketukan pada ana untuk ana bangun dan bangkit.
Di tanah air lagi ana telah mendapat kehidupan yang tenang dan puas bersama Tuhan. "Amir, anta tahu, sepanjang cuti lepas, ana tidak pernah tinggal solat tahajjud" ana sudah berazam setiap satu hari ana mesti bekalkan kekuatan jiwa dengan lelehan air mata. Ana wajibkan pada diri ana untuk menangis paling kurang satu hari satu kali. Masih ingat lagi ana pada malam itu ana berjanji pada Allah untuk berubah dan bertaubat. "Wahai sahabatku Amir sungguh tenang sekali waktu itu..."
Pada bulan ramadhan yang lepas, ana ambil peluang lagi untuk terusan mendekati Tuhan, ana sudah berazam dari awal ramadhan lagi untuk cari masjid yang sesuai untuk beriktikaf di 10 malam terakhir. Akhirnya ana menemui satu masjid yang menyimpan seribu kenangan di sana. Di sana banyak yang ana pelajari. Nilai kehidupan seorang insan yang bernama dai banyak ana perolehi di masjid ini. Sampai sekarang ana masih merindui masjid itu dan ia terusan tersimpan di benak fikiran. Banyak masa yang ana luang di sana untuk bersama Tuhan. "Semoga Allah terima amalan ana sahabat." Amir aminkan bersama mahu pun di dalam hati. Amin Amin..
Tibalah waktu pulang ke kota bercahaya...
Alhamdulillah, Allah masih beri keizinan untuk ana hidup di Madinah. Ana telah selamat sampai ke Madinah dan esoknya ana terus ke Masjid Nabawi kerana terlalu rindu. "Amir, tidak lama ana di sini ana di uji lagi, "Ya Allah rupanya ana telah jatuh dan kalah lagi". Azam ana seakan musnah dan hancur. Apa yang ana idamkan sudah hilang sekelip mata, ana seakan lupa janji dan peristiwa malam-malam syahdu bersama Tuhan. "Ah.... ana kalah lagi, tapi jauh dalam lubuk hati ana tidak mahu mengalah.." Tapi ana seakan penat amir...
Ana dah puas merintih pada Allah, tapi kenapa ia seakan tidak menjadi, bukankah tanda taubat seorang itu diterima dia tidak akan mengulang lagi dosa itu? Taqwa ini seakan pudar kembali, kemanisan iman telah menjadi tawar hari demi hari. " Ana jadi lemah dan lupa bahawa ana telah berazam sekembalinya ana di sini ana bertekad untuk membina kehidupan dan nafas yang baru. Hampir sahaja ana sampai ke puncak menaiki gunung yang sangat tinggi itu, dan ana jatuh semula tanpa sempat menyentuh sedikit pun dipermukaan puncak gunung.
" Ahh.. ana penat sekali Amir, apa yang tidak kena dengan diri ana? adakah ana kurang ikhlas dalam taubat ana? apakah ini semua.. Ana rindukan ketenangan itu. "Ibrahim, Allah sedang menguji mu, anta seorang hamba yang bernasib baik kerana Allah masih memberimu hati yang tidak 'jemu' memohon ampun dan taubat pada Allah". Walaupun anta jatuh dan kalah, tapi Allah masih kurniakan anta hati yang masih merasa ingin berubah dan bermujahadah.
"Ana cuba memahami apa yang anta lalui, ana juga melalui perkara yang sama, iaitu ingin selalu berubah jadi baik, sebab itu kita sentiasa kena berkata " kita bukan orang yang baik, tapi sedang bermujahadah untuk jadi baik". Sabarlah sahabat, Allah tidak jadikan semua ini sia-sia, Allah sedang bersama mu setiap masa dan ketika, Allah menyayangi kita lebih dari seorang ibu yang paling penyayang di dunia ini. Allah tidak menzalimi kita, bahkan Allah sayang pada kita dan mahu kita kembali dan dekat pada Nya.
Mungkin ini tarbiyah yang Allah mahu beri pada anta agar anta lebih kuat dan tabah. "Tapi ana penat Amir!!... " Ibrahim seakan merungut keras.." Siapakah lebih penat dari Nabi saw dan para sahabat? Mereka telah tergolong dalam kalangan yang Allah redha, hubungan mereka lebih dekat dengan Allah, ibadah mereka lebih berganda dari kita, juhud mereka lebih padu dan susah payah mereka lebih penat dari kita, tapi mereka tetap di uji dengan kesusahan dan kepayahan.
Ramai dalam kalangan mereka termasuk dalam golongan yang miskin dan susah. Kehidupan mereka tidak seperti kita, makan dan minum mereka hanya apa yang ada, jika tidak ada mereka berpuasa. "Anta tahu nikmat iman dan Islam ini adalah asbab dari jerih payah mereka, berperang menggadaikan nyawa dan darah demi talian syahadah. "Demi Allah mereka bahagia di sisi Tuhan mereka"...
"Amir, bantulah ana untuk bangun semula, ana sedar dan mengaku bahawa ana sedang di uji dan syaitan sedang mengambil peluang untuk menjatuhkan ana serta menarik ana bersama mereka ke neraka jahannam. "Ana menyedari itu wahai sahabatku Amir!.." Tapi ana tidak kuat, kadang-kala ana semangat kadang kala ana lemah. Ana sering menangis seorang diri, mengenangkan masa lampau yang telah jauh pergi, jauh dan jauh meniggalkan kita, yang tinggal baki hari dan hari esok yang belum pasti. Puas ana pujuk hati dan kawal nafsu agar taat dan patuh pada Allah..
"Wahai hati, kembalilah pada pencipta hati..." Ana bukan tidak faham taqdir dan tadbir, semua itu sudah dipelajari, tapi kita sering alpa dan lalai. "Amir sahabatku, doakanlah ana, agar ana kuat untuk bangkit dan bangun dari lena yang panjang...." Amir tidak tahan mendengar kata-kata itu lantas memeluk erat sahabatnya Ibrahim dan sama-sama merasai apa yang di alami Ibrahim. Sedar tidak sedar Amir juga dibuai rasa sebak dan menitiskan air mata.
Begitulah perasaan sahabat yang menyayangi sahabatnya kerana Allah, suka dan duka diharungi bersama. Tidak sesekali mahu meniggalkan sahabat yang merasa duka dan lara, resah dan gelisah sendirian. "Amir, berjanjilah padaku, bahawa anta akan bersama ana selama kita belajar di sini, sungguh ana katakan ana mahu bangun semula, "bantu dan tolong ana ya" Sama-sama mereka mengesat air mata dan menggenggam tangan erat demi membina satu rasa untuk meneruskan perjuangan.
"Sabahatku Ibrahim, sudah pasti ana bersama anta, semua ini kerana Allah, moga-moga anta kuat dan tabah melalui semua ini, ana yakin Allah sedang menyayangi anta, percayailah, yakinlah dan bangunlah... ana bersamamu dan yang lebih penting Allah bersama kita, moga-moga Allah redha persabahatan kita dan temukan kita sekali lagi di syurga nanti. Amin..
Petang itu sungguh syahdu sekali, Amir puas mendengar perasaan, rintihan dan luahan sahabatnya Ibrahim. Sesekali angin meniup ringan seakan mengiringi dan seoalah menjadi satu kiriman khas dari Tuhan buat kami. Matahari makin menyinari pada petang itu, cahaya matahari yang di lihat dari arah bukit itu menjadi bukti kami bercinta dan berkasih sayang kerana Allah.
Ya Allah ampunilah kami, sayanglah kami, kasihanilah kami, dan berilah hidayah pada kami. Bisik Amir dalam doanya.. Ini pesan ana untuk anta Ibrahim "Jadilah insan lara yang temannya mujahadah dan taubat. Sentiasalah berusaha menjadi insan yang baik walaupun masih digamit oleh ghairah kejahatan dan dosa. Jatuh, bangun kembali. Jatuh bangun lagi! "
Tiba-tiba hati Ibrahim di sapa kata "Alangkah bahagianya aku jika "insan" itu datang lagi.... "