Wahai yang bernama PROTAZ dengarkanlah...
Ummat sangat menghargai kerjamu membantu para ustaz mengkaji dan menyelidik, terima kasih keranamu ada juga mendidik. Tugas dakwah bukan milik ustaz tapi milik semuanya yang bernama insan padanya ada iman.
Wahai protaz,
Tugasmu jitu, usahamu murni perananmu tinggi. Membaca dan membelek banyak buah buku bukan mudah, perlu mujahadah, baca itu dan ini, bukan senang susun masa, kalau tak ada rasa, tak bergetar jiwa nak membacanya.
Wahai Protaz,
Kajianmu banyak juga membantu, tahqiqmu tidak kurang jua
begitu. Kadang-kadang rasa malu...Apalah ustaz ni belajar punyalah lama, tapi
itupun tak tahu, keluh mengeluh. Aku bukanlah seorang ustaz,
tapi aku sedang alami dan merasainya. Tugas penuntut ilmu takhassus
agama bukan senang, jarang hidup lenang. Mesti beri tumpuan, kalau
pengajianya dalam bahasa arab lagi dan mesti ditambah tumpuannya.
Wahai Protaz,
Wahai Protaz,
Cuba bayangkan dengan rasa-rasa, hari-harian para ustaz
ni ke kelas pengajian, penat-penatan ke pengajian talaqqi, susah-susahan
menghafal, memahami dan meniliti apa yg dipelajari. Dalil bukan sahaja
hafal, tapi di fahami.
Wahai Protaz,
Wahai Protaz,
Kepada yang belajar di
universiti, padanya ada tugasan, assignment, bahath atau thesis. Bukan mudah
kadang-kadang lelah, arahan para masyaikh wajib ditaati, walau kadang kala
hanya mahu markah. Adakala gagal, memang susah. Alhasil tidak berhasil.
Cuba letakkan dirimu di tempat belajar sang ustaz, mungkin baru dirimu
rasa betapa berat nak dapat lepas .Bagi yang dari kecil yang
sudah belajar agama lagi panjang ceritanya. Cara fikir mereka lain,
didikan lama pasti berbeza dari yang baru. Itu mesti kita tahu. Jadi
ingat selalu cara belajar mempengaruhi cara fikir.
Wahai Protaz,
Wahai Protaz,
Ada antara ustaz yang melangkah ke timur tengah atau luar
negara, ini pasti satu jalan susah payah. Demi ilmu agama para bakal ustaz
terus memulakan langkah. Jauh beribu batu meninggalkan tanah air tempat
tumpahnya darah. Korbankan masa dan perasaan dek kerana setitik ilmu
dari selautan ilmuNya. Semestinya pedih dan letih.
Penat,lelah,letih itulah kerja dan usaha para ustaz. Mereka bukan maksum tiada dosa dan noda, pastinya ada! Kadang kala memang banyak kesalahanya. Tapi tak wajar di pandang hina.
Yang ini paling penting!
Belajar ilmu agama sangat mulia, tapi wajib sedar kerana padanya ada prinsip. Ilmu alat, mesti kena ada, kalau tidak kata-kata mu akan ada kelompongan, maaf kata kadang kala cacat cela. Ini bukan biasa, tapi bahaya. Ilmu Agama, dari Allah dan Rasul. Mesti berjaga-jaga.
Sampaikan ilmu agama, semua tanggungjawab kita, takda yang terkecuali. Tapi bukan semua mudah mudah, ada yang payah, dan ada yang perlukan kefahaman mendalam, nak bina kefahaman bukan dengan kelas-kelas luaran sahaja kadang-kadang perlukan juga kelas dalaman.

Bukan
kata dirimu tak faham langsung tapi kadang kala ada kurang. Itulah
pentingnya ilmu alat, untuk selesaikan matlamat. Ilmu Tafsir, ilmu hadis,
ilmu usul fiqh, ilmu nahu dan ilmu akidah kena sebati, mesti mutamakkin
baru lahirnya yakin. Kalau tidak, jawapan dan fatwamu ada macam serba
tak kena. Kalau ok ok, kalau tak? Istinbath hukum belajar bertahun.
Wahai Protaz,
Wahai Protaz,
Jangan gopoh, jangan tergesa. Semuanya akan ada jawapan.
Para Ulama dan ustaz sedang menyelesaikan. Tapi kalau nak bantu, boleh,
tak kan tidak boleh, tapi kena tenang sikit, sebab kita banyak kurang. Pesan satu Syeikh di Masjid Nabawi, utamakan yang ahli. Inilah sifat
ihtiram, hormat yang ahli. Walaupun dirimu tahu lebih, tak semesti
jawapanmu terpilih. Kalau dipilih jangan ada rasa suka, sebab
takut-takut banyak lagi luka dari penawarnya.
Wahai Protaz,
Wahai Protaz,
Teruskan dakwahmu, majukan usahamu. Dirimu memang membantu walupun
terkadang membuntu. Tidak mengapa kita semua tidak sempurna, pasti ada
cacar merba. Terima kasih kerana banyak menolong ummat, dalam
meneruskan perjuangan para Nabi dan sahabat. Kita hargai semua
pengorbanan dan segala bebanan. Jika dirimu di rendahkan, jangan cepat
melatah, tapi dirimu cepat-cepat kena merendah. Tidak mengapa, Allah
ada. Yang menilai bersih bukan manusia, tapi sang Pencipta.
Marilah kita baiki hati, murnikan jiwa. Hakikatnya kita sama-sama hamba. Tiada yang lebih tinggi di antara kita melainkan taqwa di dalam mahkota dada. Hati adalah raja segala anggota. Menjaganya tanggungjawab bersama.
Salam perjuangan dan Salam pengorbanan untuk kita semua sebagai warga akhirat
Danial Madani

Kuliah Syari'ah
1 Zulkaedah 1433H
1 Zulkaedah 1433H
Nasib baik ana bukan ustaz atau protaz, ana baru2 nak start jer.. :)
ReplyDeletesama la kita doc nasib baik bukan ustaz...
ReplyDelete