Monday 6 August 2012

Maklumat - Universiti Islam Madinah Al-Munawwarah



PENDAHULUAN 

Universiti Islam Madinah Al-Munawwarah terletak di Madinah Al- Munawwarah, Saudi Arabia. Universiti ini telah diasaskan pada 6 September 1961 .Universiti Islam Madinah Al-Munawwarah bertujuan ingin melahirkan para pendakwah berilmu yang bermanhaj Ahlus Sunnah Wal Jama’ah. Terdapat 5 buah kuliah yang ditawarkan di Universiti Islam Madinah Al-Munawwarah  iaitu : 

1.Kuliah Al-Quran 
2.Kuliah Hadis 
3.Kuliah Syariah 
4.Kuliah Dakwah & Usuluddin 
5.Kuliah Bahasa Arab. 

Para pelajar bebas memilih kuliah yang diminati apabila permohonan diterima berdasarkan syarat yang telah ditetapkan. Selain itu, Universiti Islam Madinah juga menawarkan pembelajaran asas Bahasa Arab di
Maahad Lughah Li Ghairi Nathiqina Biha selama 2 tahun.


SYARAT KELAYAKAN 

1. Pemohon mestilah mempunyai perilaku yang baik. 

2. Pemohon mestilah berjanji untuk mematuhi peraturan-peraturan universiti 

3. Pemohon mestilah berada dalam keadaan yang sihat. 

4. Pemohon mestilah lulus dalam ujian yang telah ditetapkan oleh pihak universiti. 

5. Pemohon mesti mempunyai Sijil Pendidikan Menengah Umum (GCSE) atau yang setara, dari dalam atau luar Kerajaan Saudi Arabia. 

6. Sijil mestilah dikeluarkan oleh sekolah kerajaan atau swasta yang diiktiraf. 

7. Pemohon haruslah berdedikasi untuk menghabiskan pengajian. 

8. Sijil mestilah tidak lebih dari 5 tahun selepas ia dikeluarkan. 

9. Pemohon mestilah berumur tidak lebih dari 25 tahun ketika memohon. 

10 .Pemohon yang memohon Kuliah Al-Quran mestilah sudah menghafal 30 juzu’ Al-Quran. 

11 .Pemohon mestilah mematuhi syarat lain yang ditentukan oleh pihak universiti.


DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
 

1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mestilah diterjemah ke dalam bahasa Arab di Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad (ITNMB). 

2. Sijil Kelahiran mestilah diterjemah ke dalam bahasa Arab di ITNMB. 

* Sijil Kelahiran dan SPM yang telah di terjemah ke dalam bahasa arab mestilah dicop/disahkan di Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra), Putrajaya. 

3. Pasport. 

4. Kad Pengenalan (Terjemahan Bahasa Arab). 

5. 4 keping gambar pasport berwarna (6x4), gambar yang diambil haruslah tanpa memakai cermin mata dan latar belakang gambar mestilah berwarna putih. 

6. Surat Sokongan daripada mana-mana institusi Islam seperti Majlis Agama Islam, Yayasan Islam, Jabatan Mufti dan sebagainya. 

7. Surat sokongan atau tazkiah (recommendation) daripada sekurang-kurangnya dua orang lepasan Universiti Arab Saudi atau mana-mana inidividu yang dikenali oleh pihak universiti. 

Syarat untuk mendapatkan tazkiyah Dr. Abdul Basith Abd Rahman :

1. SPM - Minimum subjek bahasa arab B
2. STAM - Jayyid Jiddan

8. Borang/surat pemeriksaan kesihatan yang menunjukkan bahawa pemohon berada dalam keadaan yang sihat dan tidak mempunyai penyakit berjangkit. Pihak universiti tidak akan menerima pelajar yang didapati mempunyai penyakit seperti hepatitis, dan penyakit berjangkit yang lain. Sehubungan dengan itu pastikan pemohon sihat dari sebarang penyakit berjangkit. 

*Borang pemeriksaan kesihatan/medical check-up boleh didapati di Kedutaan Arab Saudi, Jalan Ampang. 

9. Sijil memeluk agama Islam (Jika ada) 

10. Surat akuan dari sekolah (husnul khuluk) bahawa pemohon adalah berkelakuan baik. 

11. Sertakan sebanyak yang boleh sijil-sijil yang berkaitan yang ada dalam bahasa arab seperti STAM atau sijil kolej dan sebagainya. 


NOTA TAMBAHAN 

1. Pemohon mestilah mengimbas dokumen-dokumen asal bersama terjemahan dengan menggunakan scanner,supaya ia berwarna. 

2. Pemohon mestilah melampirkan terjemahan yang ditulis dalam Bahasa Arab oleh penterjemah yang baik. 

3. Pemohon hendaklah membawa dokumen aslinya dan dibuktikan di kedutaan Arab Saudi. 

4. Jika ada kesalahan pada dokumen asal pemohon (seperti nama,tarikh lahir,tempat lahir dll).Pemohon harus memperbaiki kesalahan tersebut dengan pihak berkuasa yang bertanggungjawab sebelum menghantar permohonannya, kerana universiti tidak akan membenarkan maklumat ini diperbetulkan setelah pemohon mendaftar masuk. 

5. Permohonan mestilah dibuat secara online samada pemohon menghadiri sesi temuduga atau tidak. 

* Pemohon yang ingin menghadiri sesi temuduga samada telah memohon secara online atau tidak, mestilah menyediakan salinan visa, pasport dan 1 keping gambar. 

*Bagi pemohon yang telah memohon secara online, pemohon dikehendaki menyertakan salinan no.aplikasi yang telah dicetak semasa melakukan permohonan online sebagai bukti permohonan telah dibuat semasa menghadiri sesi temuduga. 

* Pihak Universiti akan memberi no.aplikasi bagi pemohon yang menghadiri sesi temuduga, dan no.aplikasi tersebut mestilah digunakan ketika memohon secara online. 

6. Terjemahan dokumen hanya boleh dibuat di Wangsa Maju seperti dalam alamat. Tempoh terjemahan dokumen ialah antara 3-5 hari bekerja. Harga dokumen adalah seperti berikut : 

SPM - RM 50 per dokumen 

STAM / STPM- RM 80 per dokumen 

Dokumen-dokumen lain - RM 120 per dokumen 

*Harga berubah mengikut keadaan. 

7. Cop pengesahan (Endorsement) di Wisma Putra atau Kementerian Luar Negeri boleh dibuat pada bila-bila masa pada waktu bekerja dengan harga RM10 per dokumen. 

*Setelah lengkap semua dokumen-dokumen di atas, sila layari laman Universiti Islam Madinah Al-Munawwarah 

Untuk memohon secara online:
http://admission.iu.edu.sa/Selection.aspx


MUQABALAH/TEMUDUGA:


Tempat: Universiti Islam Madinah Al-Munawwarah
Masa   : 8.00 am - 12.00 pm
Hari     : Setiap hari kecuali khamis dan jumaat (tutup pada cuti umum)

* Proses muqabalah ini hanya bagi mereka yang mampu ke Madinah sahaja, bagi mereka yang tidak mampu cukup sekadar online.

* Sila call mana-mana pelajar Universiti yang boleh membantu pemohon yang datang untuk muqabalah

* Bawa salinan pasport, VISA, dan sekeping gambar - bagi yang telah online, bawa juga bersama no.applikasi

* Bagi mereka yang belum memohon secara online juga dibenarkan untuk menghadiri proses temuduga

PERINGATAN:
 

Sila print helaian akhir yang mempunyai no.aplikasi permohonan anda dan simpan untuk kegunaan seterusnya. 

. Nama-nama pelajar yang diterima biasanya akan di umumkan pada bulan Ogos atau September bergantung pada pihak universiti. 

. Persatuan Mahasiswa Malaysia Arab Saudi (PERSADA) akan turut membantu menguruskan urusan pendaftaran pelajar Insya Allah. 


SENARAI ALAMAT URUSAN 


1.Alamat Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNMB) 

Institut Terjemahan Negara Malaysia 

Wisma ITNM, No 2, Jalan 2/27E 

Seksyen 10, Wangsa Maju 

53300 Kuala Lumpur 

 Tel: (603) 4149 7210 

Faks: (603) 4149 1535 

E-mel: info@itnm.com.my 


2. Alamat Kementerian Pengajian Tinggi : 

Kementerian Pengajian Tinggi, 

 No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, 

62200 Putrajaya, Malaysia 

 Tel: +603 8870 6000 

Faks: +603 8870 6834 

Emel: portalfeedback@mohe.gov.my 



3. Alamat Kementerian Luar Negeri Malaysia (Wisma Putra) 

Kementerian Luar Negeri Malaysia 

Wisma Putra 

No 1, Jalan Wisma Putra, 

Presint 2 

62602 Putrajaya 

Tel: +603-8887 4000 /+603-8887 4570 

(Selepas Waktu Bekerja) 

Faks : 603-8889 1717 / 603-8889 2816 


 4. Alamat Kedutaan Arab Saudi : 

Bahagian Pengurusan Cop,Pengesahan,Visa dan sebagainya 

Royal Embassy Of Saudi Arabia, 

Level 4.Wisma Chinese Chamber, 

NO 258 Jalan Ampang 50450 

Kuala Lumpur 

 Tel: 03-42579831, 03-42579433, 03-42579825 

Fax: 03-42578751 


5. Bahagian Islamic Counsellor : 

Royal Embassy of Saudi Arabia, 

Islamic Counsellor Office 

110A, Jalan U-Thant, 

55000 KUALA LUMPUR 

 Ruj. Ust Zainal: 019-2028918 



Sebarang persoalan hubungi: 

Nama : Mohd Danial Bin Mohd Saodi 
No Tel Madinah : +966 569283722 
Email : almunawwarah90@gmail.com 
Facebook : Danial Madani 
Blog : sentuhanjiwarasa.blogspot.com 

Nama : Wan Muhd Usaid bin Wan Subki 
No Tel Madinah: +966 548126623 
Email : ibnu_hudhair@yahoo.com 
Facebook : Usaid Subki 

 * Untuk maklumat lanjut boleh layari laman Universiti Islam Madinah Al-Munawwarah :

http://www.iu.edu.sa/Pages/default.aspx

* Sila request untuk masuk group FB apply Universiti Islam Madinah Al-Munawwarah :

https://www.facebook.com/groups/458701580809346/

Danial Madani
Ketua Exco Dakwah & Tarbiyah,
Persatuan Mahasiswa Pelajar Arab Saudi, Madinah (PERSADA),
Madinah Al-Munawwarah. 


28 comments:

  1. Assalammualaikum,

    Bagaimana pula klu yg berumur lebih dari 30 tahun?
    Sama kah caranya atau ada tambahan yang perlu di buat...

    Wasalam

    ReplyDelete
  2. Waalaikumusalam wbt,

    Hanya untuk mereka berumur bawah 25 tahun sahaja. Wallahualam bissawab.

    ReplyDelete
  3. Assalam.

    Perempuan boleh mohon?
    Terima kasih.

    Wassalam

    ReplyDelete
  4. wsalam,

    Maaf perempuan tiada hanya untuk lelaki.

    danial madani

    ReplyDelete
  5. salam..bagaimanakah jika bakal pelajar telah berkahwin...dan di universiti manakah yang berhampiran si isteri boleh mohon untuk belajar

    ReplyDelete
  6. Salam..tumpang tanya, sijill SMU tingkatan empat Yayasan Islam Kelantan dan sijil SPM, adakah diiktiraf untuk memasuki Uni Madinah?atau perlu kpd sijil STAM tingkatan 5?Terima kasih

    ReplyDelete
  7. wslm,

    spm dan ke atas di terima

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum..nak tnya ni,,sy sdh isi on9 guna sijil smu ting 4..tahun ni sy spm..so,,mcm mna la tu??
    penjelasan ya akhi..terima kasih..
    jgn heran nama prmpuan,,sy lelaki guna account kkk sy.. :D

    ReplyDelete
  9. wslm wbt,

    syarat sijil SPM , MAKA tunggu dapat result SPM .

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. asalamulaikum tuan saya berminat saya berumur 24tahun skrg..
      saya mempunyai spm skadar lulus..dn kredit dlm 5 dlm pendidikan islam
      dimana saya ingin bertanyakn pendapt..
      ni no telefon saya..
      0177574752 azim.
      berminat sgt dlm bidang kuliah AL-quran

      Delete
  12. kalau apply sekarang tahun depan

    ReplyDelete
  13. oo..
    ya ALLAH mudah mudahan sy dapat..amiin

    erm,,syukran ya akhi..nnti ada lagi kemusykilan sy akan tanya ya.. :D

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum,

    saya ade soalan tapi di luar tajuk ni la,boleh ye akhi,di Madinah akhi tau di mana nak jumpe Habib Zein Smith?Saye bekerja di Yanbu.kalau akhi tau sila info saye ye,ni email saye-firdausrembawi@gmail.com

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum
    blh sy dptkan info @pn syarat kelayakan ke universiti princess noura di riyadh, arab saudi? wlaupn disini hnya utk universiti of madinah sj, sy harap ad sesiapa dpt membntu sy dlm hal ni...jka dpt mnta email pd sy: NSCOl0ve94@yahoo.com

    ReplyDelete
  16. Keputusan kemasukan bagi yang ada sesi muqobalah 2013 hritu da keluar ke?

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum..ustaz..nak tny..surat taZkiah boleh dpt darimana ye?

    ReplyDelete
  18. ASSALAMUALAIKUM USTAZ....

    saya nak ajukan beberapa soalan kepada ustaz....
    1) apa perbezaan diantara u madinah di arab saudi dan u madinah di malaysia?
    2) saya pernah dengar ustaz saya kata, di u madinah d arab saudi, students akan d tawarkan pergi buat haji n umrah, kalau di u madinah d malaysia ditawarkan sedemikian rupa x?
    3) di u madinah d arab saudi perempuan tiada, kalau d u madinah d malaysia prempuan boleh mohon x?
    #kalau nak tau maklumat lebih lanjut perlu hubungi siapa

    WSALAM

    ReplyDelete
  19. Assalaimualaikum tuan punya blog dan pembaca sekelian

    Saya ada 2 soalan disini

    1. Universiti Islam Madinah dan Al Madinah Internatinal University adakah 2 university yg berbeza.

    2. Kalau dalam penerangan di atas, tumuduga hanya berlaku di Uni Islam Madinah sahaja, nak tanya temuduga untuk Al Madinah International University berlangsung di SBPI Rawang seperti di paste ini "15 April 2014, Sesi temuduga terbuka untuk pengambilan ke Al Madinah International University telah berlangsung di Bilik Mesyuarat SBPI Rawang. Program ini adalah dalam kerangka jalinan SEPINTAR dan MEDIU, singkatan universiti itu. Seramai 6 orang pelajar lepasan SEPINTAR iaitu calon SPM 2013 telah mengikuti sesi temuduga dan kesemua mereka ditawarkan biasiswa untuk pengajian Foundation Degree in Arabic Language and Islamic Knowledge di MEDIU mulai 24 April 2014."

    ReplyDelete
  20. ASSALAMUALAIKUM...UNnvrsiti madinah diikrf MQA kerjaan kan?...erm satu lagi...ustz danial mohon pnjslan bgaima nk mulakan proses ..sya tiada bantuan...mohon pertolngn moga allh memudhkn urusn ustzh :-)..no sya +60108465640

    ReplyDelete
  21. Assalammualaikum
    adkh stam hanya perlu jayyid jiddan bukan mumtaz?

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum.... anak saya spm bidang sains(4A 5B) dan tiada bahasa arab langsung. Masih boleh apply kuliah syariah ke tak. Terima Kasih

    ReplyDelete
  23. Maaf, sekadar bertanya, benarkah universiti ini sebarkan fahaman wahabi sbb telah viral mengenainya di wassap

    ReplyDelete
  24. Kalau bahasa arab dapat B+ je... diterima ka tu?

    ReplyDelete
  25. Tumpang tanya, kalau university of madinah ni memang untuk lelaki je ka? Perempuan tak boleh belajar kat situ ka?

    ReplyDelete