Setiap
yang bernama insan perlukan perubahan dalam kehidupan, kita bukannya
maksum yang bebas dari dosa dan kesilapan. Jika dihitungkan dosa
tidak tertanggung oleh fikiran dan rasa mengiranya. Begitulah banyak
dosa yang insan lakukan. Air mata taubat jualah menjadi saksi bahawa
insan sudah berhijrah dan laksanakan perubahan. Jalan mujahadah
menjadi jalan pilihan meninggalkan larangan memburu suruhan. Itulah
hakikat menjadi hamba. hamba kepada pencipta. Berserah kepada apa
yang Allah swt berikan.Baik dan buruk semuanya di syukuri kerana
Allah swt tidak sekali-kali zalim dan mengecewakan
hambaNya.
Kehidupan di Bumi Nabi, Kota Madinah telah merubah hidup ini mengenal cinta kepada Pencipta. Dahulunya cinta itu biasa-biasa tetapi sekarang ia merubah menjadi luar biasa. Namanya sering di sebut-sebut, rindu padaNya membuak-buak, apatah lagi air mata tanda ingatan padaNya sering membasahi bumi. Begitu luas kasih sayang Allah. Di ambilnya kita tatkala kita berdosa. Walau kotor Dia titipkan juga rasa kasih sayang. Suara kecil masih merintih nun jauh di lubuk sanubari. Itulah Rab, Tuhan yang menciptakan, semakin dekat kepadaNya semakin rindu dan rasa cintaNya mendatang.
Perubahan itu ku mahu coretkan disini, biarlah ia menjadi satu coretan bekalan iman untuk rasa merasai di antara kita semua. Bumi Madinah telah menjadi satu bumi rindu-rinduan bagi seluruh umat Islam. Apabila kita menyebut tentangnya, terasa betul ruhnya yang tersendiri. Mengkagumi bumi wahyu, bumi perjuangan, bumi tauhid, bumi kasih sayang, dan bumi saksi bahawa insan terpilih telah mengorbankan diri demi satu pengorbanan yang jauh menuju akhirat untuk menemui wajahNya.
Di sanalah letakknya jasad Nabi kita yang mulia, selawat dan salam sejahtera ke atas baginda, seluruh kaum keluarga dan sahabatnya. Menziarahi maqam bagind mengetarkan jiwa, menitiskan air mata, melunakkan hati dan menjadikan rindu ini bertambah kuat untuk bertemu dengannya di telaga kauthar pada satu masa nanti. Amin,Tapi ia cuma harapan, atau sebuah impian jika dirimu masih tidak berubah dan berhijrah, anggaplah ia seperti satu igauan yang tak akan kau dapat melainkan dengan berhijrah kepada kebaikan.
Jiwa yang dahaga, hati yang lara, zikir yang luruh serta fikir yang lusuh sering tertipu dengan kenikmatan dunia yang sementara. Kenikmatan dirasakan seronok berpanjangan, gelak ketawa, suka duka menjadi hiburan berterusan, tetapi tangisan, sesalan, pengampunan sekali sekala sahaja, itupun dalam masa yang singkat. Akhirnya iman kembali rapuh dah luluh semula. Bukan tidak mengerti sifat iman itu yazid dan yanqus yakni bertambah dan berkurang, tapi kurangnya hingga melupakan Tuhan. Tuhan yang menjagamu siang dan malam. Kau sering leka wahai insan!
Diri ini sangat berdosa di sana, tapi jiwa kecil ini masih menjerit rintih menyesali perbuatan lepas. Kadang kala kau bangun tekad dan azam, tapi rupanya kau pura-pura dan ada kepalsuan dalam istighfar dan taubatmu. Tangisanmu tidak memberi kesan yang mendalam dan tidak benar-benar membekas agar dirimu kukuh utuh menghadap wajah kepada Allah. Terusan saja dirimu dengan dosa, dengan prasangka dusta durjana dirimu akan diampunkan.
Bukan tidak kau tahu
Allah itu sifatNya Ar-Rahman tapi kau cuba menggunakan sifat itu
seolah-olah kau akan diampunkan semuanya. Bagaimana dirimu diampunkan
jika taubatmu tidak memberi kesan pada kehidupanmu, akhlakmu, cara
fikirmu, dan zikirmu. Usah kau tertipu dengan hasutan kejahatan.
Bukankah rasa harap pada Allah itu perlu di selangi juga demgan sifat takut
padaNya. Kau hanya harap Allah mengampuni mu, tapi kau lupa yang kau
juga perlu takut yang Allah swt berhak mengazabmu jika Dia kehendaki.
Itu semua pilihanmu. Sudah diberitahu itu dosa itu derhaka.
Akhirnya
ku tunduk jua. Hakikatnya ku sudah jauh dari rahmat Allah. Dalam rasa
senang dan tenang rupanya ku sering
kecundang. Jauh dan terus menjauh.
Musibah
kehilangan dompet telah memberi berita gembira bahawa Allah mahu
hadiahkan taqwa dalam jiwa dan iman dalam hati. Ku ditimpa musibah.
Rebah dalam resah. Di penghujungnya ku bertaubat. Memohon ampun atas
apa yang berlaku. Hikmah musibah itu diganti dengan kenikmatan
merasai iman. Rupanya Allah masih sayangkan diriku yang penuh
kehitaman dan zulumat.Dia berikan kekuatan atas musibah yang melanda.
Berkat bersabar dan tabah semuanya jadi mudah.
Semuanya di ganti baru, 4 kad bank, kad pelajar, kad pengenalan Arab Saudi, kad pengenalan Malaysia, Lesen, no. telefon, akaun facebook, email. Aku tidak tahu apa hikmah tersurat dan tersirat dengan semua yang baru ini. Tapi aku yakin semuanya adalah demi membawa lembaran baru, demi satu kehidupan dan satu perubahan. Moga-moga Allah swt kurniakanku hati yang baru agar dan mengharap hati yang lama terus menghilang. Moga hatiku yang baru ini terus maju menuju Allah yang satu!
Semuanya di ganti baru, 4 kad bank, kad pelajar, kad pengenalan Arab Saudi, kad pengenalan Malaysia, Lesen, no. telefon, akaun facebook, email. Aku tidak tahu apa hikmah tersurat dan tersirat dengan semua yang baru ini. Tapi aku yakin semuanya adalah demi membawa lembaran baru, demi satu kehidupan dan satu perubahan. Moga-moga Allah swt kurniakanku hati yang baru agar dan mengharap hati yang lama terus menghilang. Moga hatiku yang baru ini terus maju menuju Allah yang satu!
No comments:
Post a Comment