Kehidupan di Madinah
Al-Munawwarah bukannya mudah penuh dengan jalan mujahadah. Tapi Tatkala
mendengar tentangnya pasti terbayang suasana yang indah, tapi disinilah dulu letaknya jalan susah payah Nabi saw mentarbiyah para sahabatnya. Segala bentuk
pengorbanan dan perjuangan banyak telah terjadi di bumi ini. Wahyu dari Ilahi
telah diturunkan di sini juga selepas Mekah Al-Mukarramah, maka dengan itu Madinah
Al-Munawwarah telah di angkat sebagai tempat suci umat Islam, dan menjadi
tempat rindu-rinduan bagi yang mereka mengenal cinta sejati iaitu cinta Ilahi.
Madinah bukanlah
bumi yang asing lagi bagi seluruh umat Islam, tatkala mendengar namanya rasa
rindu dan cinta seakan datang menyelusuri badan dan aliran darah. Berlinang air
mata basah mengingati akan kehebatan dan keajaiban di di sana. Amat
beruntunglah bagi mereka yang telah dipilih oleh Allah swt untuk hidup di sini.
Merasani suasana kehidupan yang pernah di lalui Nabi saw dan para sahabat.
Walaupun mereka telah tiada sebahagian dari tapak tempat mereka berjuang dan
berkorban demi Islam masih ada dan menjadi tempat kunjungan umat Islam, demi
mendapat ‘ibrah dan secebis keinsafan. Wahai insan pilihan Tuhan sudahkah kamu
merasa keinsafan dan kesyukuran atas nikmat Tuhan?
Antara cabaran yang
perlu ditempuhi bagi mereka yang hidup di Madinah Al-Munawwarah ialah bersabar
dan tabah. Nabi saw telah bersabda dalam hadis yang mulia mafhumnya :
“ Tidaklah seseorang
dari umatku yang bersabar atas kesukaran di Madinah kecuali Aku (Nabi saw) akan
memberinya syafaat dan saksi di hari Kiamat “.
Sahih Al-Bukhari
Begitulah sabar
telah menjadi kunci bagi penduduk Madinah untuk mendapat syafaat dan saksi di
akhirat nanti. Memang benar, selama diriku di sini, banyak perkara yang telah
menguji kesabaran dan aku terus menerus
mendidik hati untuk tabah menghadapinya. Benarlah sabar itu satu perkara yang
sangat sukar di amalkan. Tetapi bagi mereka yang bersabar atas mentaati
perintahNya, dan menghindari maksiat, Allah swt telah berjanji untuk mengangkat
darjat mereka. Ya Allah jadikanlah aku daripada orang-orang yang sabar.
Baru-baru ini saya
bertemu sahabat lama berbangsa arab di Masjid Nabawi, seronok bersahabat dengan
seorang arab warga negara saudi ini, tetapi beliau lahir di Mekah dan
dibesarkan di sana. Saya sudah mengenali beliau sejak tahun 2010 semasa saya
berdaurah di Mekah. Selepas solat maghrib di Masjid Nabawi kami bertemu, saya
menceritakan keadaan madinah dan budaya orang arab yang kurang baik. Dia sangat
memahami dan senyum tanda setuju. Saya menceritakan padanya tentang musibah
yang saya kena lalui di semester lepas, iaitu dompet saya hilang di Masjid
Nabawi dan memberi impak besar dalam kehidupan saya.
Katanya "Danial Madinah tidak sama dengan Mekah, sini terzahirnya sifat munafik, saya sudah
alami pelbagai peristiwa sejak hidup di Madinah". Ceritanya membuatkan
saya takut dan bergetar dan terus berlindung pada Allah swt agar di jauhkan
dari sifat munafik dan kejahatan di bumi barakah ini. Syukur kerana saya diberi
kesedaran awal berasa di bumi Madinah ini, merasa insaf dan syukur kerana
dipilih hidup di sini. Bukan mudah, penuh jalan mujahadah iaitu susah payah.
Kehidupan di sini
banyak perbezaan dengan tanah air di Malaysia, dari segi cara hidup, bahasa
komunikasi, makan, minum, ragam manusia dan cuaca. Cara hidup orang arab sangat
berbeza dengan orang asia, kebanyakan mereka agak kasar. Bahasa komunikasi di
sini menggunakan bahasa arab secara keseluruhan kecuali sedikit yang berbahasa
english dan urdu. Selain orang arab, terdapat ramai juga bangsa lain yang
datang serta menetap di sini, antaranya bangsa pakistan, india dan bangladesh. Jumlah mereka agak ramai dan
kelihatan mereka seperti majoriti terutamanya di premis perniagaan. Makan dan
minum juga agak berbeza, makan disini agaka berat, daging, ayam dan unta
menjadi pilihan. Nasi mereka terlalu banyak walaupun di beli untuk seorang
makan. Berat badan mudah naik dan penyakit juga mudah datang menyerang.Mengenai cuaca pula, sangat panas pada musim panas dan sangat sejuk pada musim sejuk. Jika
musim panas kadang kala mencecah 50 c. Ia memang menguji kesabaran bagi mereka
yang hidup di sini.
Terlalu banyak
perkara yang saya pelajari di sini selain ilmu di Universiti dan Masjid
Nabawi. Antaranya pengalaman hidup di sini sukar untuk di lupakan. Bagi saya
sendiri ia seoalah menjadi madrasah dan medan tarbiyah bagi seoarang insan yang
bermukim di sini. Bagi seorang pelajar seperti saya, saya harus bertungkus
lumus mengejar ilmu yang ada di sini semaksimum mungkin, bukan itu sahaja,
sebagai seorang muslim, tugas memberi khidmat dan dakwah itu juga perlu di
titik beratkan agar semuanya menjadi selari iaitu menuntut ilmu sambil
berkhidmat dan menyampaikan kebaikan. Rutin pelajat, setiap hari mesti akan ke
Masjid Nabawi, para pelajar universiti tealah disediakan bas, dan ada juga
mereka yang menaiki kenderaan sendiri dan menaiki teksi. Bukan mudah untuk
paksa diri untuk ke Masjid Nabawi, walaupun hanya lima belas ke dua puluh minit
tapi jika jiwa kosong maka hati tidak akan rasa timbul mahu untuk ke sana. Maka
hari-hari mesti tanam azam untuk ke Masjid Nabawi mengambil peluang solat,
berdoa dan menghadiri pengajian talaqqi.
Demi Allah saya
sangat mencintai Madinah Al-Munawwarah yang banyak mengubah kehidupan ini.
Madinah seakan tempat ajaib yang padanya banyak kerberkatan yang telah di
doakan Nabi saw padanya. Saya selalu pesan dan berkongsi pada kawan dan teman
bahawa Allah telah memilih kita untuk hidup dan solat di sini iaitu Masjid
Nabawi. Ketenagan dan kedamain di Masjid Nabawi tidak dapat di gambarkan. Di
sana ada satu tempat yang mana doa mudah di kabulkan tanpa hijab, bayangkan
seorang insan yang amat merindui Tuhannya kerana telah jauh tersasar datang
berhadapan dengan Allah di Masjid ini mengangkat tangan berdoa pada Tuhan pasti
akan diperkenankan. Jasad Nabi saw juga berada di sini, kelihatan ramai
pengunjung yang menziarahi maqam Nabi saw dan sahabat, jelas dari kesungguhan
dan raut wajah mereka, mereka amat mencintai Nabi saw. Ya Allah apalah nikmat
yang ingin aku dustakan?
Saya sangat berharap
Allah swt terus mengekalkan rasa cinta, rasa sedar dan rasa insaf di dalam
jiwa bahawa saya sedang berada di bumi yang mana berjuta manusia sedang
merinduinya. Saya adalah insan pilihan. Wajarkah saya mengingkari Tuhan?
Wajarkah saya punyai rasa kesyukuran? Ya Allah tetapkan hati ini atas rasa
kesedaran yang mendalam untuk terus berada di bumi kekasih Mu ini. Wahai
manusia ciptaan Tuhan, marilah kita semua bangkit daripada kelalaian dan kealpaan
agar sedar dan terus berubah kepada kebaikan mengingati Tuhan. Sementara masa dan waktu masih
ada, sementara ruang dan jalan masih terbuka mari lah kita melakukan perubahan
khususnya bagi semua penduduk Madinah Al-Munawwarah. Anda mampu, pilihlah
mujahadah, kerana di sana sedang menunggu suatu yang indah. Jannah kurniah
Allah.
Cerita yang menarik..doakan aku dapat pergi sana dengan mak aku secepat yang mungkin.follow blog aku jugak ye :)
ReplyDeleteAssalamualaikum wbt,
DeleteAhlan ya akhi, terima kasih kerana ziarah blog ana yg dhaif ni. Insya Allah di doakan anta dan ibu dipilih Allah untuk ke sini. Amin Amin...
Trima ksih atas doa kamu :)
ReplyDeleteKehidupan itu sendiri bukanlah mudah. Segala kepayahan dan rintangan yang kita lalui diharapkan akan mendekatkan lagi diri kita dengan Allah Azza Wa Jalla.
ReplyDeleteSemoga Allah memberkatimu, akhi.
Insya Allah doc, terima kasih kerana menemani ana dalam perjalanan panjang ini. SemoGA Allah memberkati kita semua.
ReplyDeleteSEmoga Allah memberkati kembara ilmu enta di sana..jangan lupakan saya di dalam doa..mohon doakan saya diberi peluang menimba ilmu di sana juga..
ReplyDeleteAssalamu'alaikum yaa akhi ,inshaAllah ana Madinah, mohon info akhi , pin bb ana 2A9FC6C4/ 08988569991. Jazakallah khoir
ReplyDeleteassalamu'alaikum ya akhi, ana bercita-cita bgt kuliah di univ. islam madinah tlong bgi2 infonya ya. no.hp: 08996964045
ReplyDeleteplease ana butuh bgt motivasi dan cara2 nya..
Salam macamana cara saya sekeluarga nak jadi warganegara madinah.
ReplyDeleteMasya Alloh...Sy selalu berdoa agar bisa menetap sekeluarga di madinah ataupun makkah...kerinduan kepada 2 kota ini terus menerus terpatri sejak pertama kali umroh sehinggakan sampai sudah 3 kali Alloh beri sy karunia untuk umroh > Semoga Alloh mengabulkan doa saya........deddybahagia@gmail.com
ReplyDeleteSalam macamana cara saya sekeluarga nak jadi warganegara madinah.
ReplyDeleteSalam macamana cara saya sekeluarga nak jadi warganegara madinah.
ReplyDeletemasya allah...
ReplyDeleteاتوجد المساعدة الكثيرةهناك ان كنت متجها اليها بدون منحةالدراسية
ReplyDeleteSalam, saya begitu takut dengan dunia sekarang, terasa begitu hampir dengan kewujudan dajjal, macamana cara saya sekeluarga nak jadi warganegara madinah.
ReplyDeleteSubhanallah.....
ReplyDeleteSemoga allah memberikan kesempatan juga untukku...
Serta ibu tercinta...
Subhanallah.....
ReplyDeleteSemoga allah memberikan kesempatan juga untukku...
Serta ibu tercinta...
Allahuakbar.. Indah sekali info Madinah ini...
ReplyDeleteBolehkah saudara danial whatsapp saya di talian 0126594187 (Muhammad)
Sy ingin bersilaturahim dengan danial dan ingin mengetahui jika diizinkan Allah swt.. Mungkin ada ruangan rezeki untuk perniagaan di Madinah @ mekkah yg boleh kita usahakan bersama sama.. Insya Allah..
Assalamualaikum. Akhi masih menetap dimadinah?
ReplyDeleteAssalamualaikum... Saya teringin nak p madinah.. Doakan sya dan keluarga ya..
ReplyDelete